Libat Urus Penyelarasan Program Komuniti Madani di NADI

25 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2025, Jumaat, NADI Rantau Panjang telah mengikuti libat urus penyelarasan Komuniti Madani di NADI kepada semua staf seluruh Malaysia yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Program tersebut telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet dan telah dihadiri oleh semua staf NADI seluruh Malaysia.

Taklimat ini adalah untuk menerangkan tentang pelaksaan program Komuniti Madani di NADI kelak. Turut dibincangkan tanggungjawab dan peranan staf NADI dalam melaksanakan aktiviti di NADI.

Semoga program ini mendapat sambutan dan dapat memberi impak yang positif kepada Komuniti Madani.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali